Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri setiap manusia. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan sehari-hari. Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:
اَلَا وَاِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً اِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ , وَاِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ , اَلَا وَهِيَ اْلقَلْبُ
Ingatlah bahwa di dalam badan manusia ada segumpal daging, jika ia baik maka baik pula seluruh perilakunya, dan apabila ia rusak maka rusak pula seluruh perilakunya, ketahuilah bahwa ia adalah hati (HR. Buchori dan Muslim).
Berdasarkan hadis di atas bahwa kebaikan manusia atau keburukan datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rekan taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatannya akan jahat dan keji, senantiasa cenderung ke arah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan kalah dan senantiasa diketepikan. Oleh karena itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikuti kehendak hati. Andai baik hati maka baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rekan seringkali menjadi mangsa. Dalam masalah ini Allah s.w.t senantiasa mengingatkan kepada hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu’ara’ 26, ayat 88-89 yang berbunyi :
يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ
(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, (Asy Syu’ara’ 88-89)
‘Di hari yang tidak ada manfaat ada harta benda begitu juga anak-anak melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (yaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.’
Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara-perkara yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w senantiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya :
اَللَّهُمَّ اِنِّي اَسْئَلُكَ مِنْ قَلْبٍ سَلِيْمٍ
‘Ya Allah, sesungguhnya aku Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih.
Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada umatnya. Dengan demikian hati yang suci bersih dari sebarang kekejian itu ialah hati yang bersih dari segala penyakit yang dibenci oleh Allah seperti hasad, dengki, dendam, iri hati, cemburu di atas kejayaan orang lain atau merancang sesuatu yang tidak baik bertujuan menganiaya orang lain dan sebagainya.
Seandainya tidak ada perkara-perkara yang tersebut di atas, sudah tentu hati itu akan senantiasa kepada Allah dengan melakukan perkara-perkara yang diridai oleh Allah dengan rasa ikhlas. Rekan dan taulan juga menyenanginya dalam pergaulan dan Allah senantiasa mengasihinya.
Situasi ini sangat dititikberatkan oleh syariat kerana hati memainkan peranan penting ke arah mengukuhkan keimanan dan memantapkan keyakinan akidah seseorang yang beriman kepada Allah berdasarkan sabda Rasulullah
s.a.w yang berbunyi :
لَا يُثَبِّتُ اْلاِيْمَانَ حَتَّي يُثَبِّتُ اْلعَقِيْدَتَهُ
Tidak tetap iman seseorang hamba sehinggalah tetap pendirian nya.’
Bagi menentukan ketetapan iman atau sebaliknya dengan herdasarkan segala amalan anggota lahiriah yang berlandaskan niat hati kerana Allah swt.
Marilah kita hidupkan hati dengan berdzikir kepada Allah, kita sehatkan hati dengan mentadabburi ayat-ayat Allah (Al-Qur’an dan Alam), dan kita sucikan hati dengan cara menjauhi sifat iri hati dan dengki. Semoga kita tergolong orang-orang yang memiliki hati yang bersih dan suci. Aamiin.
Wallahu a’lam..